Selasa, Februari 03, 2009

Penaik Semangat!

"U are nice man!" Kata seorang lelaki Jerman kepada gua. Masa tu gua bekerja sebagai Ticket Inspector di RapidKL. Sejak dari tu gua respek orang Jerman sama level dengan gua respek kereta BMW.

Go! Go! Hoffenheim!

Khamis, Januari 22, 2009

Kenapa Kaka' Pakai Jersi Nombor 22?

Aku hidup dalam diri seorang tua yang bertongkat.

Jumaat, Januari 16, 2009

Gila Bola

Sedang dunia semakin hangat membantu rakyat Palestin, ada juga manusia dari asia barat yang bodoh nak mampus buang duit tak tentu hala hanya untuk mendapatkan seorang manusia saja. Apa tak ada otak ke Abu Dhabi ni? Ingat gua tak kisah ke kalau Kaka pakai jersi Manchester City? Jersi Milan yang cop nama Kaka tu pun gua tak beli lagi, lagi Abu Dhabi ni nak buat hal!

Pergi derma duit dekat rakyat Palestin la Abu Dhabi woi! Perangai macam Yahudi!

*Semalam final Program Gadis Melayu. Kalau kita mengundi, 10 sen akan didermakan dekat Tabung Gaza. Tapi Aida tu solid juga kan. Untung gua dah minta ibu bapa gua masuk meminang dia. Mana tahu jodoh gua dengan dia. Hihi!

Rabu, Disember 31, 2008

Bila Rusdan Bercerita : Beli Yang Original!

Nama gua Rusdan. Rusdan Morris. Tapi ada juga yang main ikut dan panggil gua Dan..Dan. Nak senang sebut je kerjanya. Buat penat je orang tua gua berhempas pulas fikir nama style-style untuk gua.

Itu hari gua teringin benar nak menonton cerita lakonan Joni Dep. Ala yang lanun tu. Nak menonton di panggung tiada makwe untuk diajak. Jadi gua ambil keputusan untuk beli CD saja. Beli yang pirate sudah. Musa Hasan pun belum tentu beli yang ori kan.

Nak dipendekkan cerita, CD yang gua cari kini berada di tangan gua. Tauke kedai tu kata ini CD baik punya. Gua yakin dengan tauke ni. Gaya yakin dia memang tak boleh diragui. Tapi gua tak terus tengok. Gua tunggu malam-malam sikit. Baru steady.

Malam pun tiba. Gua dah stenbai depan pc. Lampu bilik awal-awal gua dah tutup. Neskape sesedap rasa gua pun dah ready. Rokok pun dah ready tepi gua. Gred A beb. Baru hisap tak batuk-batuk. Tilam tanpa spring, bantal peluk semualah dah dalam keadaan bersedia.

Gua tekan butang play. Hati gua berbunga 5 saat pertama. Tapi lepas 5 saat pertama hati gua membara. Gua tutup pc. Gua ambil telefon dan terus gua call polis kata kedai *tutt* jual CD pirate.

Kenapa lu mengamuk woi??

Nak jual CD pirate pun agak-agak lah. Apa jadah 'Pirates Of The Caribbean' dia translate jadi 'Cetak Rompak Caribbean'?? Joni Dep pun bara.

*Masa cikgu BI mengajar dia serong nilah padahnya.

Jumaat, Disember 05, 2008

Ah! Mana Gua Nak Sorok Muka Ni!

Sekarang ni macam-macam blog gua sudah baca. Ada yang entri dia betul punya menangkap sampai gua balik kerja lambat jadinya. Ada juga entri yang macam haram jadah entah apa yang dia mengarut berjela-jela macam karangan SPM apahal? Tapi gua tarahal. Blog lu lu punya pasal-lah nak tulis apa ye tak?

Usha punya usha, gua terbaca satu entri ni. Entri dia takde pun dia nak buat unsur lawak. Entah apa nama blog dia pun gua dah samar-samar. Dia ada letak satu video clip.

Cerita banyak pun tak guna. Lu taip hazardous runways dekat youtube.

Haha!

Selasa, Disember 02, 2008

Rock Rock Juga

Gua kena jaga office tadi. Betul punya boring. Nasib ada internet. Gua pun surflah apa yang patut. Sekali gua terjumpa satu video clip. Memang panas juga video clip ni gua dengar. Sampai masuk berita sini sana.

Tak percaya?

Lu buka youtube sekarang, lu taip sajak kematian.

Amacam?

Jumaat, November 28, 2008

Melodi Buruh Kasar-EP

Aku buruh kasar saja,
Bukan berada, harta sini sana,
Sunrise aku nikmati masuk bekerja,
Sunset aku nikmati balik bekerja,
Tapi bukan semua orang suka,
Banyak suka kumpul harta,
Beli sini beli sana,
Duit banyak kata mereka,
Tiada duit ontoklah saja,

Hek eleh!

Mati esok sendirian juga,
Bukan boleh bawa duit sama,
At least aku ada iman di dada,
Kau apa saja yang ada?
Doa keluarga belum tentu kau terima,
Sebab keluarga leka berebut harta,
Mana nak ada masa,
bagi doa sekali dua,
Padan muka!

Selasa, November 25, 2008

Fenomena Biasa Hujung Tahun

Makwe muslimah memang sejuk mata memandang,

Laut memang sejuk mata memandang,

Lu orang pakai sopan-sopan, tutup aurat memang sejuk mata memandang,

Ronaldinho buat skill flip pun memang sejuk mata memandang,

Tapi..

Kalau gua hari-hari balik kerja naik kapcai bertarung dengan hujan bukan mata saja sejuk, habis satu badan sejuk.

Khamis, November 20, 2008

Orang Kita Kata

Hari ini dia kata,
Kau jatuh aku ada,
Tapi bila sampai masa,
Aku jatuh dia ketawa.

Hari ini dia kata,
Kita harus seiring bersama,
Tapi bila aku diduga,
Dia menyusup kemana-mana.

Hari ini dia kata,
Salah faham lepaskan saja,
Tapi bila ditakdir sengketa,
Janganlah kau ikutkan rasa,
Selesai tidak badan binasa.

Selasa, November 18, 2008

Ketagih!

Iya. Gua sekarang memang seorang penagih. Betul true dia punya ketagih. Gua dah tak kisah lagi pasal Awan Dania. Gua dah tak peduli pasal Melodi yang episod ada cerita panas Norman Hakim dimarah Abby(apa cerita Tv3 ulang episod ni dah macam Melodi ni rancangannya setiap hari. What the f?)

Blog? Gua bukan dapat duit pun kalau update. Rakan-rakan blog nak delete gua dari list mereka pun gua tak kisah. Rusdan pun boleh hidup lone ranger apa!

Gua memang tak berapa nak peduli banyak benda sekarang ni. Minyak turun pun gua tak heran. Isu pengkid ke, isu wanita UMNO ke, isu Milan menang kontroversi ke(ni gua peduli), isu Sains dalam BI ke semua gua peduli sebelah mata saja.

Yang gua paling peduli sekarang ni ada ke patut pemain-pemain gua meragui gua sebagai pengurus mereka? Mentang-mentanglah gua Sunday League Footballer saja!